Sabtu, 8 Ogos 2009

Malas Beribadah!!


Konsep malas beribadah adalah merangkumi seseorang yang malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.

Di zaman Rasulullah S.A.W orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan. Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, sedang Allah menipu mereka (membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah, melainkan hanya sedikit." (Al-Nisa: 142) Orang munafik jika datang ke masjid, dia akan memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

Contoh bagi masa sekarang ialah solat Jumaat. Terdapat ramai yang sengaja lambat menghadiri masjid supaya tidak lama menunggu khutbah habis dan kalau datang awal, saf-saf di dalam masjid tidak di penuhi, kawasan di luar masjid yang digemari. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan